Pages

Friday

Rasa Yang Rahsia.


Hidup ini ada pelbagai rasa. Suka, sayang, cinta, rindu,merajuk, terkilan, malu, kasihan, terkejut, menyesal, cemburu, simpati, benci, menyampah, sedih, marah, geram, kecewa. Lalu, rasa bagaimana yang mahu kamu simpan sebagai satu rahsia?

SATU.

Kadang-kadang bukan semua perkara boleh kita luahkan kepada semua manusia. Sama ada bila diluahkan, tidak dipedulikan ataupun jika diluahkan tidak mengubah apa-apa lagi kenyataan. Sama ada bila diluahkan semakin memburukkan keadaan ataupun jika diluahkan semakin menjauhkan jarak hubungan.

Sama ada bila diluahkan hanya menambahkan keresahan ataupun bila diluahkan semakin menyukarkan keputusan. Sama ada bila diluahkan hanya akan ditertawakan ataupun jika diluahkan hanya dianggap tiada kepentingan haruslah dilupakan. Sama ada diluahkan hanya mengundang air mata murahan ataupun jika diluahkan akan menerbitkan sesalan.

Namun, siapa boleh menidakkan.

Manusia bukan selamanya boleh bersendirian. Boleh membendung setiap permasalahan tanpa bantuan. Kerana kita manusia lemah. Ada masa-masa tertentu, segala perasaan ini harus juga diluahkan. Ada masa-masa tertentu. Segala rasa ini perlu juga dimuntahkan. Ada masa-masa tertentu. Segala rasa ini tidak boleh lagi disimpan.

Tidak selamanya hati boleh menampung segala juta rasa yang beratnya menghentak-hentak setiap dimensi hati untuk diluahkan. Hati kita bukannya botol kedap udara yang selamanya mampu menyimpan isi tanpa rosak tiada lemau tiada kecacatan.

Kadang-kadang, rahsia itu terluah juga tanpa sedar. Sama ada secara sinis ataupun secara terang-terangan. Semakin diri itu emosional, maka semakin mudah rahsia terbuka kerana jari-jari kini terdedah pada laman penghamburan perasaan.

Bijak pandai berpesan.

Cara suci. Cara murni. Cara indah. Cara tulus. Cara sayang. Cara halus. Cara bersih. Cara putih. Cara sopan. Cara tertib. Cara-caranya.

Pertama.

Dalam sujud, kita luahkan pada Tuhan. Kita pejam mata, kita sebut segala rasa. Apa saja rasa yang kita rasa, tiada rahsia antara kita dengan-Nya. Sebutkan, panjatkan, harapkan, dalam doa dan bisikan-bisikan keinsafan penuh kehambaan. Dia Maha Tahu. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Memahami. Dengan-Nya kita cuba menceritakan segala situasi. Yang kita simpan. Yang kita rahsiakan. Yang kita inginkan. Yang kita pohonkan.

Kedua.

Keluarga, sahabat, suami-isteri atau siapa sahaja yang dengannya, kita selesa berbicara. Dengannya kita boleh pinjam rasa gembira. Dengannya kita boleh kikis rasa gelisah. Dengannya kita boleh percaya. Melihatnya hati kita jadi redha. Mereka, manusia yang Tuhan hantarkan untuk kita menjadi pengantara meluahkan segala rasa.

Orang-orang yang berkasih-kasihan di jalan Allah, apabila bertemu lalu akan jelas-menjelaskan satu sama lain, untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin.

(Ustaz Pahrol Mohd. Juoi)

DUA.

Di satu sudut dunia sebelah sana.

Ada manusia-manusia yang dihimpit berjuta rasa.

Kata mereka.

‘Sehelai kertas masih tidak cukup mengungkapkan rasa ini. Sebuah buku juga tidak cukup menceritakan rasa ini. Sepanjang hidup juga mugkin masih lagi tidak mampu mentafsir rasa ini. Jika aku ingin datang.Jika aku ingin meluahkan.Jika aku ingin ceritakan. Rasa diri ini. Yang selama ini aku simpan. Aku pendam. Aku rahsiakan.Bersediakah kamu untuk diam, dengar, faham dan tunaikan?’

‘Jika tidak jawapan kamu, cukuplah rasa ini rasaku dulu. Aku tahu. Bukan semua perkara di dunia ditakdirkan untuk terjadinya rasa ini juga rasa kamu. Lantas, biarlah rasa ini hanya menjadi rahsiaku selagi kita belum bersedia untuk saling faham dan menunaikan.’

Satu hari nanti, aku harap kamukan faham.

TIGA.

Merajuklah pada yang sudi. Berkongsilah pada yang kasih. Tidak kira apa saja rasa, tentu ‘Dia’ sudi faham dan sedia tunaikan.

Siapa Dia?

Dia itu dekat. Dia itu hampir.

Allah.

Dialah segalanya.

P/S: Bilakah kali terakhir kita menangis dalam solat meluahkan segala rasa kepada-Nya?

Wassalamualaikum w.b.t.

7 jenazah dikebumikan:

Sidratul Muntaha said...

Penjelasan:

Entri ini berkisar tentang 'manusia' yang mempunyai koflik. Juga kehendak perasaannya tidak dipedulikan manusia lain, lantas dia bertindak berdiam diri dan menjadikannya sebagai rahsia.

Hidup kita juga seperti 'manusia' yang dimaksudkan dalam entri ini. Ada kalanya, tiada siapa yang faham perasaan kita melainkan Allah walaupun kita berkongsinya dengan orang sekeliling.

Hanya DIA sebenar-benar yang memahami apa yang kita rasa.

mohammah hudzaifah nordin said...

berkongsi rasa dengan tuhan, hilang segala resah dengan manusia insyaallah.

Muhammad Iqbal said...

kena dengan situasi.

Sungguh banyak 'rasa' kita yang tak difahami orang lain, hanya yang menciptakan kita sahaja tempat terbaik meluahkan 'rasa' itu. Hati yang remuk redam jadi lebih lembut terendam.

Sidratul Muntaha said...

@Dr. Hudzaifah

Setuju.
Ayat doktor buat saya terfikir, Tuhan tak pernah buat kita rasa gelisah. Manusia je...

@Dr. Iqbal

Ubat hati yang remuk dengan solat dan sabar. Apa saja sitiasi kamu sekarang, semoga Allah sudi mudahkan.Insya Allah, ameen...

seonmul said...

tsk terasa lah akak.

terlalu senang mendapatkan kemudahan utk melepaskan perasaan di 'laman penghamburan perasaan' sampaikan terlupa batas-batas. tsk.

pengemis Cinta~ said...

sungguh..sebagai manusia itulah sifatnya.. entri yang sangat terkesan..syukran ya ukhti sayang..;)

Sidratul Muntaha said...

@Ili

Hehe..aisehmen ili,apa yg akak tulis tu general lebih kepada reminder untuk diri sendiri.

Takpe,takpe, lepas ni hati-hati jaga rahsia dan aib diri sendiri apatah lagi org lain. :)


@PC

Afwan uhkti sayang. :)