Pages

Friday

Hikayat Si Miskin Berhati Kaya


SATU.

Lintang hanya dapat belajar setelah agak larut malam kerana rumahnya sempit, sukar menemui tempat kosong, dan kerana harus berebut lampu minyak. Namun, sekali dia memegang buku, terbanglah dia meninggalkan pondok condong berdinding kulit itu. Belajar adalah hiburan yang membuatnya lupa pada pada seluruh penat dan kesulitan hidup. Buku baginya adalah ubat dan sumur kehidupan yang airnya selalu memberi kekuatan baru agar dia mampu mengayuh basikal menentang angin setiap hari. Jika berhadapan dengan buku dia akan menghisap setiap kalimat ilmu yang dibacanya. Dia tergoda dengan sayap-sayap kata yang diucapkan oleh para cendekia. Dia melirik maksud tersembunyi daripada sebuah rumus, sesuatu yang mungkin tidak jelas bagi orang lain.

Seperti juga kebodohan yang sering tidak disedari, beberapa orang juga tidak menyedari dirinya telah terpilih, telah ditakdirkan Tuhan untuk ditunangkan dengan ilmu.

(Lasykar Pelangi: Andrea Hirata)

DUA.

Terpukul dengan bidasan-bidasan kata sinikal buku ungu itu yang jelas menuding aku itu Si Pengecut yang tidak tahan ujian menuntut ilmu. Aku jadi terentap antara nyawa dan semangat yang dulunya mentah kini meruap-ruap minyaknya ke langit melolong supaya aku juga bangkit cintakan ilmu. Ternyata kemewahan yang aku kecapi kini menjadikankan aku si dangkal yang lupa daratan. Bagaikan terlupa jerit-perit payah suara-suara Si Susah sama agama di bumi langit sama yang berhempas-pulas bergolok gadai menggadai nyawa demi ilmu. Sedangkan aku, masih asyik terpalit malas yang kilogramnya kental di sisi jasad terlekat bagai tidak mampu tersiat lagi. Segala kemudahan sudah ada tetapi entah kenapa mata ini masih buta menghargai peluang di depan mata. Saat ini, aku menyeru kekuatan Si Panglima istiqomah berganding dengan Si angkatan turus perang kerajinan bagi melawan tebalnya Si pembelot malas. Sudah-sudahlah berdiri di ambang pintu jahil dan merintih penat laknasa Si Kufur yang menafi nikmat.

Seperti menyedari bahawa ujian senang itu terkadang menjadikan manusia lupa diri, lewah belajar padahal sestengah kita itu ada akal bijak persis Kancil, tetapi terperosok dalam jadi dungu seperti Keldai dengan mensia-siakan masa dan zaman belajarnya dengan perbutan sia-sia tiada makna.

(Suara Hati Yang Mengongoi: Sidaratul Muntaha)

TIGA.

Aku merindui zaman menangis di bawah bantal ketika lampu tertutup kerana ketakmampuan abah membayar yuran sekolah. Membelai rambutku memujuk, jangan fikir masalah. Hanya biarkan abah selesaikannya.

Aku teringat zaman aku diejek saban pagi di perhimpunan sekolah kerana kasutku yang besar seperti Mc Donald. Padahal dia tidak tahu, aku itu berhempas-pulas mengumpul wang sakuku sendiri membeli kasut sengaja besar agar mampu dipakai lebih lama, tidak membazirkan wang keluarga.

Aku pernah melewati zaman belajar di dalam gelap kerana lampu bilik yang tiada berfungsi. Tidak sampai hati menyusahkan abah menukar yang baru. Lantas aku hanya diam dan pujuk hati belajar bersungguh tak kira situasi.

Aku terimbas mengingat yang aku itu hanya mampu berdiam diri di dalam bas saat mengikuti Rombongan Bas Sekolah ke Kuala Lumpur kerana tidak membawa wang belanja. Hanya mampu tersenyum pahit melihat mereka yang berbelanja membeli beraneka ole-ole dan cendera hati untuk di bawa pulang.

(Diari Tak Berjilid: Aku)

Kesusahan dulu perlu aku tulis dan baca kembali dengan rasa sesal supaya aku sentiasa ingat asal-usulku, tentang kesusahan dan kemiskinan yang dahulunya bagaikan hikayat buatku agar aku sentiasa bersemangat mahu belajar dan merubah nasib keluarga. Sesungguhnya pengalaman mengajarku supaya menghargai senang sekarang. Seandainya malas itu datang lagi dan semangat itu runtuh lagi, sini! Akanku jerkah kedua-duanya dengan parang JIHAD.Bersama doa dan linang kudrat peluh orang tuaku yang menangis dan membanting tenaga, lapuk duduk ini akan aku ganti dengan semangat baru. Bangkitlah diriku. Ubah nasibmu! Jadilah Si Miskin yang berhati Kaya itu. Kelak Berjaya dirimu dunia dan akhirat. Insya Allah.

(Rinzuas: Sudut senyap diri ini)

P/S: Menulis ini dengan linang air mata. Abah dan Ibu, sungguh teramatlah besar jasa dan budimu. Buat bakal anak-anakku, akan aku didik dirimu dengan ‘kemiskinan’ supaya kau tahu berdikari mencari ‘kekayaan.’ Yang hakiki. Yang abadi.

Wassalamualaikum w.b.t.

3 jenazah dikebumikan:

cik ina said...

betol,kak.kadang2, kesusahan juga boleh ajar kita utk bersyukur.

Sidratul Muntaha said...

Insya Allah.
Tapi, tak nak susah kat akhirat.
Biar susah kat dunia. :')

Anonymous said...

i din read all words, but the thing i did know is I like Lintang and Andrea so much..hehe..

Curios :P