Pages

Tuesday

Beza hantaran dan mahar.



MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM

1. Definisi Mahar

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )
1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar
di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan
diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai
hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’,
dapat dinilai dengan wang.Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman
Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu
sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia
menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.
Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri
serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga
merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa
menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan
membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada
zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan
maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama
dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya
perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

2. Pemberian Mahar

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e
pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga
dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak
wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

3. Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam
menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan
semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam
menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu
tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar
mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang
perbelanjaan ( mahar ).( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri
berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :
“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk
wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.

4. Kesimpulan

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Fakta di atas aku ambil dari laman web http://www.islam.gov.my/portal/pdf/Mahar.pdf

Seorang kawan ada bertanya pada aku, tentang berapa jumlah hantaran yang aku tetapkan untuk lelaki yang nak meminang aku. Kalau ikut kuiz kat Face book ada ke patut jumlah hantaran yang sesuai untuk aku adalah RM 12,000..Haih,kopaklah duit lelaki 'bertuah' tu...Aku dilahirkan dan dibesarkan kat Johor. Sebuah negeri yang terkenal dengan adat dan kegemilangan majlis perkahwinannya.Kawan baik aku orang Kelantan dan Terengganu.Diorang pernah datang masa majlis kenduri kahwin along aku.Komen diorang,persiapan perkahwinan kat Johor sangat meriah and nampak mewah.Berbeza dengan negeri diorang.Takder majlis persandingan.Yang penting, nikah dan sedikit jamuan meraikan tetamu...

Aku akui kebenarannya.Nak kahwin,belanja yang dikeluarkan bukan sikit.Telan kos beribu.Aku tak tahu macam mana orang sanggup habiskan beribu-ribu duit beli itu dan ini.Nampak membazir tapi alang-alang kahwin sekali,mestilah nak buat majlis yang terbaik...Ini pendapat along dan ibu aku.Aku tak berani cakap lebih-lebih sebab aku tak kahwin lagi...

Tapi, aku kalau boleh nak majlis yang sederhana.Tak nak bersanding.Nak nikah malam jumaat, makan beradab dan jamuan.Makanan pulak tak nak berlebih-lebihan.Asalkan cukup untuk tetamu yang datang dan keluarga aku tak dapat malu kalau lauk tak cukup.Tapi majlis yang sederhana ni pun sure telan kos yang beribu jugak.So, macam mana agaknya nak kahwin tapi nak jimat.Takkan nak kahwin senyap-senyap kot.Nikah kat over sea.Ada yang kena pelangkung dengan ibu!

Kalau anda bagaimana?Berapa jumlah nilai hantaran yang sepatutnya anda minta?Tanyalah diri sendiri...Juga tanya pada pihak lelaki.hehe...

'P/S: Yang paling penting hantaran cuma adat resam manakala mas kahwin ditetap dan wajibkan oleh syarak, walaupun tiada kadar minimumnya...'

0 jenazah dikebumikan: